Followers

Isnin, 6 Mei 2013

PRU 13 ~

Assalamualaikum , pada hari ni maka berakhirlah teka teki sape yang akan memerintah negara ini dan ternyata masih kekal kepada Barisan Nasional . Tahniah buat BN !! ( tak bermakna aku sokong BN )

Tapi hari ni aku tak percaya yang aku sebak dan aku tak tahu kenapa air mata aku mengalir keluar ketika Terengganu negeri kesayangan aku masih kekal di bawah tampuk pimpinan lama . Aku tak tahu adakah rakyat negeri ini masih lagi tidak sedar akan kebenaran dan kebatilan . BN menang 17 manakalah PAS 15 . nampak tak situ , PRU 14 In Shaa ALLAH Terengganu berubah rupa . Aku sayang sangat Negeri aku tinggal sekarang nih . Kalau tengokkan dekat negeri aku dahlah budak² muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif . ( tak payah la aku explain , google ade :D )

Walaupun umur aku masih 19 tahun dah orang akan cakap , " budak² tau ape " " pergi belajar je , jangan sibuk hal orang tua " . Come on Pak Cik² dan Mak Cik² even baru 19 tahun tapi takkan tahu  mana buruk dan baiknya . Hari nih je dekat kat tempat aku dah kena tangkap Bangla² yang mengundi . Takkan aku tak nampak lagi kot depan mata. Well , bodoh betul la masih ade lagi yang kurang cerdik . Nasib negara kita terletak pada warga asing , jangan satu hari nanti negara ni jadi negara pengumpulan warga asing ber 'IC ', Opss . aku bukan nak cakap lebih tapi tu lah kenyataan . Sape² tak geram kan kalau main taktik kotor camni . Tapi aku nak buat camne , aku masih tak boleh memangkah lagi . Tunggu la ALLAH panjangkan umur aku lagi untuk aku terus berjuang demi menegakkan Islam . 


Baru sekarang aku tau ape tu politik yang sebenarnye . Mase 2008 aku masih budak² dan hanya fikirkan pelajaran yang aku kira penentu masa depan aku . Tetapi aku silap , politik juga penentu masa depan aku . Buktinya , sekolah rendah aku dulu iaitu Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail Dungun di buka ketika 2001 , umurku ketika itu 7 tahun ( ketika tu pemerintahan PAS ) akhirnya ditutup oleh kerajaan BN bersama beberapa SRAB  ( Sekolah Rendah Bersepadu ) seluruh negeri Terengganu . Sape tak sedih , sekolah yang membentuk aku dengan didikan agama dan aku tak akan jadi seperti sekarang kalau aku bersekolah harian biasa . Aku tengok kawan² yang bersekolah harian semasa kecil dan sampai sekarang masih lagi tak tahu mengaji . Sedih dibuatnyaa , nak marah pun bukan salah dia . Salah la kerajaan , tak menggalakkan pembelajaran berpandukan Al-Quran dan Sunnah ketika kecil . Aku tau kerajaan Terengganu terkenal dengan khatam Al-Quran beramai-ramai oleh budak² cilik . Okay Thumbs Up ! tapi tak guna jugak kalau tidak diamalkan :)

Okay la , setakat nih la dulu kemerepekan aku pada pagi nih . Panjang giler kot . sape la nak bace kan . hahaahahaha .. :D okay la . tido dulu . Nite :)