Followers

Jumaat, 1 Mac 2013

Saya ♥ Al Mulk




Assalamualaikum semua , hehehe . sudah bersua lama saya tak menulis dalam nih . (padahal taip je pun) . Hehehe . Jam menunjukkan 02:36 AM jadi apa maksudnya ? mestilah dah pagi kan ? dan waktu nih semua orang tengah nyenyak tidur . I think la . Hehehehe .. Betul la bak kata orang² yang dah ke depan sikit yang bahawa selangkah je kita ke Menara Gading . Kita tidak akan kenal waktu tidur kita . Mula² orang cakap camtuh tak percaya tapi bila dah rasa sendiri . Nah ! tak tidur malam pun ada . Whow ! kalau Ma saya tau nih masak jawabnya . Tapi boleh je nak bidas , cakaplah study .. ( kadang² je kot ) 

Okeh , untuk pagi yang lembab nih dihiasi hujan² yang renyai di UiTM Pulau Pinang tercinta nih , saya nak kongsi la sikit sesuatu yang ramai lagi yang tak tahu . Harap semua boleh baca sampai habis neh walaupun agak panjang. huhuhu ..

Okay , saya nak tanya korang . Kalau korang dapat jawab , saya bagi korang top up RM10 . (mentang² jual top up). Apa yang anda tahu tentang Surah Al-Mulk dalam Al-Quran halaman 562 ? Saya bagi masa satu saat je . Heeee . Tet !! masa dah tamat .. Jadi melepas semua .

Jadi malam nih saya nak cerita la serba sedikit tentang Surah Al-Mulk . Kenapa kita kena amalkan dalam hidup kita setiap hari . Meh² nak cerita .. huhu .. Sebelum tuh cerita saya nak kita berkenalan dulu lah dengan Surah Al Mulk :)

1)Surah Al Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran
2)Tergolong surah 'makkiyah yang terdiri daripada 30 ayat.
3)Dinamakan Al Mulk kerana perkataan Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah nih bererti 'Kerajaan'.
4)Disebut juga dengan 'At Tabaarak' yang bererti Maha Suci
5)Surah Al Mulk adalah sura Keamanan dan Keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Kita sebagai umat Islam termasuklah saya sendiri kenalah mengamalkan Surah Al Mulk dengan membacanya sebagai Amalan Kehidupan seharian.

Sebab ada seorang Ulama' pernah berkata " Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan beradu yakni tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al-Mulk "

Nak tahu tak ada satu kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Ibnu Abbas menceritakan :
" Pernah satu ketika sesetengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa kekita berada dlam khemah mereka tiba² terdengar orang membacakan Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka bahawa mereka telah berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu telah diadukan kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda dan bermaksdu :
" Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".


Walaupun begitu , Surah Al Mulk ada juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain . Di antaranya ialah :

1. Abu Hurairah meriwayatkann hadith , katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam al-Quran itu ada satu surah yang mengandungi ayat. Ia mensyafaatkan bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya selagi tu ia meminta ampun baginya. Surah itu adalah surah Al Mulk"





2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Surah Al Mulk itu memelihara pembacanya dari azab kubur ".



3. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
" Barang siapa yang membaca surah Al Mulk setiap malam, ia akan selamat dari siksa kubur "



4. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Aku gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di hatinya ".



5. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang membaca surah al-Mulk mana-mana malam. nascaya datang ke kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir ".

6. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya dalam Al-Qurang ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Iaitu surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke syurga ".



7. Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

" Sebahagian surah² yang terdapat dalam al-Quran satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."



8. Saidina Ali berkata :
" Barangsiapa yang mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa di hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf".



9. Ulamat berkata :
" Sesungguhnya Surah Yaasin dan Surah Al Mulk terkandung beberapa rahsia dan kelebihan. Barang siapa yang mengamalkannya akan mendapat rahsia² dan kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk ".



10. Saidina Abdullah bin Abbas berkata :
" Barang siapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nascaya akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH SWT di dalam kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepalanya, terdengar satu seruan, " tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah Al Mulk." Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke bahagian kaki dan perutnya. Kerana semua surah Al Mulk".






#Jika ada salah dan silap , saya memohon kemaafan dari kalian . saya bukan Nabi yang mahsum tapi hanya manusia yang sering kali melakukan kesilapan .    
 Saya berharap korang boleh amalkan juga setiap malam sebelum tidur ye :) Selamat Malam Semua :D :D