Followers

Ahad, 16 Disember 2012

Running For Humanity


Malam nih terasa nak post sikit . Maklumlah tengah² malam macam nih tak tahu nak buat apa . Blogging lah sikit yerp . Haaa . perkara yang nak ditulis pada pagi ini sebernarnya dah lepas . Tapi saja nak tulis . nak kongsi sikit pengalaman sementara masih hidup nih . 

Pada 9/12/2012 , Muh telah menyertai satu larian amal yang dianjurkan UiTM bersama Mercy . Larian ini bertajuk '' Running for Humanity Rakhine & Rohingya " yang bertempat di UiTM Shah Alam . Muh pergi sana di bawah Pasukan Sukarelawan Siswa (PSS) beserta Kelab Rekreasi UiTM Pulau Pinang . Bayaran RM15 beserta T-shirt dan RM10 penyertaan sahaja . Tetapi yuran penyertaan ini disumbangkan untuk membantu Muslim kita di sana .

Pada pagi sebelum mula aktiviti itu . Semua mesti warm out dulu . yela an , untuk mengelakkan cramp tengah jalan . Muh pun tak terkecuali la . warm out jugak sebab nak cuba dapatkan nombor dalam larian ini walaupun dah tahu yang peluang untuk menang memang tipis sebabnya Muh nampak  ramai jugak atlit² berlari yang menyertai larian amal ini . Tapi tak salahkan mencuba ? huhuhu . Kalau tak silap Muh kat larian ini disertai oleh artis malaysia yang bernama Veto Qushairi kalau tak silap la . Kalau silap nama tuh mintak maaf la yerp . Hehehehe . beliau adalah Alumini UiTM Shah Alam.

Pada jam berapa entah , larian dilepaskan . Terasa lah agak biasa pada mula² sebab jalan masih rata dan tiada bukit . Tapi memang dah dijangkakan tidak sampai 2 minit dah boleh nampak bukit yang pertama akan didaki . pergggghh memang menyengat la kaki tuh bila naik bukit , yela , lama tak jogging lagi pun . terima lah padahnya . huhu . Tapi perjalanan harus diteruskan . Naik bukit pastu turun balik sehinggalah ke garisan penamat . Dalam menghabiskan larian tuh Muh ada bersaing dengan perempuan mana entah . boleh tahan gak stamina perempuan tuh sehinggakan boleh potong-memotong Muh nih . Takkan nak kalah dengan perempuan kot , so lintas la balik . Akhirnya menang jugak lawan dengan perempuan tuh . hehehehe . walaupun kalah tapi dapat kepuasan diri sebab berlari tanpa henti . Alhamdulillah . pada masa tu baju dah macam baru lepas basuh je . basah kuyup . dahlah baju warna putih . fulamak . tak tahulah perempuan nampak ke tak . huhu .

Haaa , ni gambar selepas lari . Bila letih minum la air . hehehe 


Selepas itu , program tuh diteruskan dengan ucapan Pengerusi Mercy dan Timbalan Rektor UiTM Shah Alam . Program tu dihiasi juga dengan sajak yang dideklamasikan oleh Pelajar UiTM Shah Alam . Akhir sekali penyampaian hadiah dan seterusnya sesi bergambar . Kemudian majlis bersurai . Muh dan budak UiTM Pulau Pinang dah boleh pulang ke Pineng . huhuuh .

Walaupun program tu hanya satu hari , tapi ia memberi seribu makna dalam menanam azam dalam hati kita untuk menolong seagama kita yang dibunuh dan dirogol . Muh ketika mendengar sajak terdetik dalam hati yang kita sepatutnya bersyukur sebab negara kita masih aman damai dalam kita tidak melupakan Muslim lain yang ditindas dengan menolong mereka apa yang mampu . Muh berharap agak ada lagi program seperti ini yang akan Muh sertai kelak . Hehehe . panjang pulak post nin . Mata dahlah ngantuk dah . Okayla . Selamat Malam ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan