Followers

Rabu, 12 Disember 2012

Derma Darah :D


 Hari ni pada tahun 12.12.12 Pada Jam 12:54 pagi aku duduk di tepi tingkap kolej aku sambil memerhatikan keadaan luar yang tenang dan sunyi ditambah pula dengan bunyi cengkerik . Pada waktu ni semua roommates aku dah terlena dengan dibuai mimpi² indah . Tapi ada seorang roommate aku yang tiada di bilik kerana sekarang sedang di ragging . Biasa lah kan " Komander Kesatria " . Hehehe . Pendahuluan macam karangan Bahasa Melayu . mentang² la dapat A- tolak untuk SPM . Malam nih disebabkan tiba² line internet laju jadi aku membuat keputusan untuk menge " post " something ke dalam blog aku nih . Jeng² !! Agak² korang apa yang nak aku postkan ?

Haaaa . untuk pengetahuan korang pada 8/12/2012 seorang Mahasiswa dengan sukarelanya menderma darah nya untuk Hospital Seberang Jaya dan mahasiswa itu adalah aku . Hehehe . Sebenarnya bukan aku seorang je tapi ada lagi orang lain .  Tapi sebernanya nak cerita nya pengalaman ketika menderma darah di sini je ( UiTM Pulau Pinang ) . Walaupun aku pernah menderma ketika menjadi Pelatih PLKN . Tetapi pengalaman berbeza ketika berada di sini . 


Darah B wuuuu :D


Mula² seperti biasa sebelum menderma darah tidur mesti cukup 5 jam dan kena makan dahulu sebelum menderma tu . Disebabkan kedegilan aku nih . tidur mana pernah cukup 5 jam .  Bangun pagi tu lepas je makan roti terus pergi ke Laman Perdana ( tempat derma darah ) dengan muka bangun tidur . Hehehe ..
Masa sampai LP tu mula² buat² lalu je sebab nak tengok tiba² ada lah satu akak nih panggil aku ajak derma darah . Aku dahla memang nak derma jadi pergi jela . Nasib baik akak tu baik boleh ajak sembang² gak  . *Eh , aku bukan gatal la . 

Lepas tuh aku pergilah isi borang semua pastu settle² apa yang patut then terus ke katil . Fuhh , masa nih kalau tengok nurse sambil cucuk jarum pun tak rasa . HAHAHA . okay² , Meh nak cerita sikit pengalaman masa nak cucuk jarum tuh . Insya'ALLAH lepas nih siapa² yang tak pernah derma darah tak akan takut lagi bila aku dah cerita nih . huhu . Mula² tangan korang akan diikat dulu . Bagi nak timbulkan urat² di mana jarum senang nak masuk . Then jarum yang pertama akan masuk dulu . Jarum mula² nih tak ada la besar pun . just saiz mata pensel mekanikal je . Lepas tuh Jarum kedua pulak . Jarum nih la yang akan bersambung dengan beg darah korang tuh . Jarum nih nak kata besar tu agak besar jugak la . Tapi takyah takut , tak ada lah sakit mana bila jarum tu masuk . Sakit nya ibarat macam korang cubit halus dengan kulit paling nipis korang tuh . Macam tu jelah rasanya . Tapi korang akan boleh rasa lah jarum tuh masuk dalam urat korang .
Then korang kena pam darah korang ke dalam beg darah tuh sebab nanti dekat tangan korang nurse akan bagi alat yang akan korang genggam dan pamkan . so beg darah korang akan cepat penuh la . 

Akhir sekali bila dah penuh . Nurse akan buang jarum semua tuh . Tapi korang takleh bangun lagi sebab nanti darah akan mengalir keluar , Percayalah . sebab time aku derma tuh . disebabkan lama menunggu darah tuh kering . aku bangun . tiba² darah mengalir keluar dari urat aku tuh . Nasib nurse tak marah . Hehehe . Lepas je derma tuh macam biasa la . dapat makanan dan minuman . tapi takdalah berat sangat makanannya .

Okaylah. sampai sini sahaja post aku buat kali nih . Mata dah ngantuk , esok ada kelas pukul 8 . Sorry kalau terkasar bahasa . Kadang² ikot pandai je nak guna ganti nama apa . Hehehehe . Selamat Malam <3

2 ulasan:

  1. aritu ingt nok derma drh gok tp xlepas...huhu

    BalasPadam
  2. ye ea ? tahun depan boleh lagi an . huhu

    BalasPadam