Followers

Isnin, 24 Disember 2012

HandphoneKu !!!


Ketika hujan tengah mencurah bagaikan air terjun . Terasa lah nak post untuk malam nih . Jeng² . ce teka apa yang aku nak post ? hehe . tengok tajuk la . Sebenarnya hari ni ada satu eksiden . tapi bukan eksiden melibatkan nyawa . nih melibatkan handphone kuuuu ..

Tersebut la kisah , hari ni ada pergi Hospital Kuala Terengganu (HSNZ) kalau orang ganu la sebab melawat pak sedara yang terkena penyakit angin ahmar . So taknak la citer kisoh tuh . nih nok citer kesoh handphone nih . huhuhu . sebelum melawat tuh , tibe² perut aku memulas dan menyebabkan aku nak ke tandas . Jadi diqasarkan citer aku time aku nak sangkut seluar tuh . Tibe² blub bunyi ade sesuatu masuk dalam mangkuk jamban . 

Mula² tuh buat rilek la dok perasan nape jatuh . tapi bila tengok betul² menyala lagi . Rupanya handset aku yang menyala tuh . Kalau korang keadaan camtuh korang buat apa ? haaa . sape tau apa aku buat ? 

Ni lah handphonenyaaaaa .. :(

Aku apa lagi . tak mikir panjang dah , terus tangan masuk ke dalam mangkuk tandas tuh handset punya pasal . Bayangkan masa tuh camna perasaan aku . Walaupun korang fikir aku nih pengotor tapi sape tak sayang handset sendiri an ? Kalau korang pun same gak cam aku nih . Sekarang an manusia tak boleh hidup tanpa handphone . huhuh .

Alhamdulillah , handphone aku berjaya diselamatkan . Tapi sekarang nih tak hidup lagi handphone tuh . kena jemur lama sikit maklumlah hujan aje sekarang nih ganu . huhu .

Okaylah . Nak main game pulak . Hehehe . nanti lah pulak baru update untuk post seterusnya . OKayyyyy . Nite :D

Khamis, 20 Disember 2012

Macam mana nak berubah ea ?


Hari ni macam biasa . tak ada pape yang menarik berlaku dekat luaran nih . cuma ada satu perkara yang merunsingkan benak fikiran nih . Sungguh banyak tanda soal tertanam di dalam kepala nih . Nak tau tak apa dia . jeng² .. Bila nak berubah ?



Soalan nih la menyebabkan aku tak boleh duduk diam . Setiap hari mesti aku duk tepi tingkap fikir dalam hati ni . Bila la nak berubah . Kawan² aku yang aku kenal dulu nakal sekarang dah berubah . aku je yang masih same sampai sekarang . Nak cakap jahat tuh takdelah jahat sangat . Cuma nakal sikit je . Nakal aku tak pernah rogol anak dara orang pun . Huhuhu .

Suatu hari nanti . Insya'ALLAH :)

Hidup aku macam biasa la . Tak pernah lari dari tuduhan yang dilemparkan . Walaupun aku akuinya tapi tu zaman sebelum aku masuk UiTM lagi . Sejak aku masuk UiTM nih , aku dah tak seperti dulu dah . Kalau dulu tiap² hari fikir pasal perempuan . Tapi sekarang fikir siapa yang akan jadi isteriku . Hehehe . melalut lah pulak . sekali sekali . :D

Aku sebenarnya nak berubah menjadi seorang yang  lebih baik dari sekarang . Maksudnya kalau dulu nak dekatkan diri pada ALLAH susah . Tapi satu je harap  ada orang yang boleh tolong ubahkan dirikuni . Betulkan jalan aku . Dengan ALLAH aku dah memohon kepadaNYA . Tapi sekarang aku nak seseorang yang boleh buat teman bicara :(

Okayla . mata dah ngantuk nih . yela . kepala kalau dah pening . memang mengadap laptop pun silau . Aku tak nak rabun , Kay la . GUDNITE

Kalau sudi tinggallah komen anda yerp :)

Selasa, 18 Disember 2012

Cinta Pandang Pertama ? OMG !!


Selamat malam semua atau pun pagi sekarang . Macam biasa Muh takde pape nak buat so blogging jela kerjanya . ( mentang² la sekarang sampai dah wifi UiTM nye . huhu ) Sebenarnya Muh baru je selesai study subjek "Statics" . Semua orang ingat Statistic , bukanlah . budak² engineering mesti tau subjek nih . Insya'ALLAH Muh grade sebagai engineer nanti . Jaoh betul padangan . huhuhu . Okay  malam nih just nak post something yang jarang berlaku dekat Muh tahun ini . Agak² apa dia ea ? jeng , jeng , jeng  ..

Semua mesti dah suspen an . Nak cakap malu . HAHAHA . sebenarnya kan , sebenarnya kan Muh dah jatuh cinta bukan jatuh cinta biasa tu tapi pandang pertama babe . Aduhhh !! camne lah boleh jadi camtuh . Pening gak kepala , fikir kenapa jadi dekat Muh nih an . Tapi kalau fikir² balik memang lah jadi nama pun manusia gak an . Ada perasaan dan hati . Sebenarnya insiden nih tak sengaja dan diluar jangkaan . Alamak ! camne nak cerita ea . okay . camnilah ... meh nak cerita sikit . hihi 

Agak² yang mana jalan anda pilih ?

Pada hari Sabtu baru² nih ketika suasana macam nak hujan , sebenarnya dah hujan dah tapi berapa kali entah serik . huhu . Ketika Muh baru je lepak dengan budak UiTM Kedah ( perempuan ) kawan la . Lepas je ambil duit kat ATM tu ,ingatkan nak top up lah dekat mesin Wooop it . Pastu sebelum guna tuh dah nampak la perempuan tuh nak guna Woop it tu . tapi dia tak berjaya , So muh pun try lah jugak . manalah tahu tangan Muh ada berkat sikit ke . AHAHHA . last² sama gak . Error ! aduh . tapi masa tu memang nak top up gak . tapi top up bukan nak mesej dengan awek . Muh nih mana ada awek . just takut nak balas mesej Ma ke or Tepon ke . yela , anak bongsu laki an . tapi bukan anak bongsu . hihihi .
So dengan hati yang hampa teruslah ke kolej kristal mengharapkan top up . 

Tiba² , hujan turun dengan lebatnya ketika dalam perjalanan nak pergi top up tuh . punyalah takut basah berlari . nasib gak sekejap . then . jeng ! jeng ! jeng ! nampak la perempuan takdi tuh  yang pakai mesin wooop it tak lepas . hahaha . so masa tuh macam mana entah boleh sembang dengan dia . Manalah tahu dia pun ramah gak . Muh nih jenis boleh je dengan perempuan camna . (tak bermakna Muh ni playboy yerp 'nilah hok orang duk panggil Muh sokmo ) haish . so sampai kat kristal . kiteorang beli la top up tuh . Dia beli top up digi dan Muh beli top up celcom . Macam mana entah  lepas beli top up tuh . Muh boleh mintak nOmbor telefeon dia . Alamakkkk , macam terdesak sangat jep . Nasib dia bagi siap tanya agi nak digi ke maxis . Muh pilihlah digi sebab lepas nih ingat nak pakai digi gak . huhuu . So lepas balik kolej tuh tak mesej lagi budak tuh . Sebab dalam hati tengah berdebar² fikir adakah perkara ni akan berulang kembali seperti dulu . Penderitaan diri belum pulih , mungkinkah ini penawar atau racun ? Ahhhhh . susah untuk Muh jawab tapi buat masa sekarang kitaorang just mesej² je .

Begitulah cerita nya kalau dah cinta pandang pertama nih . alahai , malunya  . aduhh . kalau dia reject masa nak bagi nombor tuh mesti malu an . huhu . anyway tenx sudi baca . hope boleh komen sikit dan bagilah komen dalam membina Muh ye . Adakah perlu semua ini atau tak ? hurrm . okay . selamat Malam semua . Tidor dulu . Papapai ^_^

Ahad, 16 Disember 2012

Running For Humanity


Malam nih terasa nak post sikit . Maklumlah tengah² malam macam nih tak tahu nak buat apa . Blogging lah sikit yerp . Haaa . perkara yang nak ditulis pada pagi ini sebernarnya dah lepas . Tapi saja nak tulis . nak kongsi sikit pengalaman sementara masih hidup nih . 

Pada 9/12/2012 , Muh telah menyertai satu larian amal yang dianjurkan UiTM bersama Mercy . Larian ini bertajuk '' Running for Humanity Rakhine & Rohingya " yang bertempat di UiTM Shah Alam . Muh pergi sana di bawah Pasukan Sukarelawan Siswa (PSS) beserta Kelab Rekreasi UiTM Pulau Pinang . Bayaran RM15 beserta T-shirt dan RM10 penyertaan sahaja . Tetapi yuran penyertaan ini disumbangkan untuk membantu Muslim kita di sana .

Pada pagi sebelum mula aktiviti itu . Semua mesti warm out dulu . yela an , untuk mengelakkan cramp tengah jalan . Muh pun tak terkecuali la . warm out jugak sebab nak cuba dapatkan nombor dalam larian ini walaupun dah tahu yang peluang untuk menang memang tipis sebabnya Muh nampak  ramai jugak atlit² berlari yang menyertai larian amal ini . Tapi tak salahkan mencuba ? huhuhu . Kalau tak silap Muh kat larian ini disertai oleh artis malaysia yang bernama Veto Qushairi kalau tak silap la . Kalau silap nama tuh mintak maaf la yerp . Hehehehe . beliau adalah Alumini UiTM Shah Alam.

Pada jam berapa entah , larian dilepaskan . Terasa lah agak biasa pada mula² sebab jalan masih rata dan tiada bukit . Tapi memang dah dijangkakan tidak sampai 2 minit dah boleh nampak bukit yang pertama akan didaki . pergggghh memang menyengat la kaki tuh bila naik bukit , yela , lama tak jogging lagi pun . terima lah padahnya . huhu . Tapi perjalanan harus diteruskan . Naik bukit pastu turun balik sehinggalah ke garisan penamat . Dalam menghabiskan larian tuh Muh ada bersaing dengan perempuan mana entah . boleh tahan gak stamina perempuan tuh sehinggakan boleh potong-memotong Muh nih . Takkan nak kalah dengan perempuan kot , so lintas la balik . Akhirnya menang jugak lawan dengan perempuan tuh . hehehehe . walaupun kalah tapi dapat kepuasan diri sebab berlari tanpa henti . Alhamdulillah . pada masa tu baju dah macam baru lepas basuh je . basah kuyup . dahlah baju warna putih . fulamak . tak tahulah perempuan nampak ke tak . huhu .

Haaa , ni gambar selepas lari . Bila letih minum la air . hehehe 


Selepas itu , program tuh diteruskan dengan ucapan Pengerusi Mercy dan Timbalan Rektor UiTM Shah Alam . Program tu dihiasi juga dengan sajak yang dideklamasikan oleh Pelajar UiTM Shah Alam . Akhir sekali penyampaian hadiah dan seterusnya sesi bergambar . Kemudian majlis bersurai . Muh dan budak UiTM Pulau Pinang dah boleh pulang ke Pineng . huhuuh .

Walaupun program tu hanya satu hari , tapi ia memberi seribu makna dalam menanam azam dalam hati kita untuk menolong seagama kita yang dibunuh dan dirogol . Muh ketika mendengar sajak terdetik dalam hati yang kita sepatutnya bersyukur sebab negara kita masih aman damai dalam kita tidak melupakan Muslim lain yang ditindas dengan menolong mereka apa yang mampu . Muh berharap agak ada lagi program seperti ini yang akan Muh sertai kelak . Hehehe . panjang pulak post nin . Mata dahlah ngantuk dah . Okayla . Selamat Malam ^_^

Rabu, 12 Disember 2012

Derma Darah :D


 Hari ni pada tahun 12.12.12 Pada Jam 12:54 pagi aku duduk di tepi tingkap kolej aku sambil memerhatikan keadaan luar yang tenang dan sunyi ditambah pula dengan bunyi cengkerik . Pada waktu ni semua roommates aku dah terlena dengan dibuai mimpi² indah . Tapi ada seorang roommate aku yang tiada di bilik kerana sekarang sedang di ragging . Biasa lah kan " Komander Kesatria " . Hehehe . Pendahuluan macam karangan Bahasa Melayu . mentang² la dapat A- tolak untuk SPM . Malam nih disebabkan tiba² line internet laju jadi aku membuat keputusan untuk menge " post " something ke dalam blog aku nih . Jeng² !! Agak² korang apa yang nak aku postkan ?

Haaaa . untuk pengetahuan korang pada 8/12/2012 seorang Mahasiswa dengan sukarelanya menderma darah nya untuk Hospital Seberang Jaya dan mahasiswa itu adalah aku . Hehehe . Sebenarnya bukan aku seorang je tapi ada lagi orang lain .  Tapi sebernanya nak cerita nya pengalaman ketika menderma darah di sini je ( UiTM Pulau Pinang ) . Walaupun aku pernah menderma ketika menjadi Pelatih PLKN . Tetapi pengalaman berbeza ketika berada di sini . 


Darah B wuuuu :D


Mula² seperti biasa sebelum menderma darah tidur mesti cukup 5 jam dan kena makan dahulu sebelum menderma tu . Disebabkan kedegilan aku nih . tidur mana pernah cukup 5 jam .  Bangun pagi tu lepas je makan roti terus pergi ke Laman Perdana ( tempat derma darah ) dengan muka bangun tidur . Hehehe ..
Masa sampai LP tu mula² buat² lalu je sebab nak tengok tiba² ada lah satu akak nih panggil aku ajak derma darah . Aku dahla memang nak derma jadi pergi jela . Nasib baik akak tu baik boleh ajak sembang² gak  . *Eh , aku bukan gatal la . 

Lepas tuh aku pergilah isi borang semua pastu settle² apa yang patut then terus ke katil . Fuhh , masa nih kalau tengok nurse sambil cucuk jarum pun tak rasa . HAHAHA . okay² , Meh nak cerita sikit pengalaman masa nak cucuk jarum tuh . Insya'ALLAH lepas nih siapa² yang tak pernah derma darah tak akan takut lagi bila aku dah cerita nih . huhu . Mula² tangan korang akan diikat dulu . Bagi nak timbulkan urat² di mana jarum senang nak masuk . Then jarum yang pertama akan masuk dulu . Jarum mula² nih tak ada la besar pun . just saiz mata pensel mekanikal je . Lepas tuh Jarum kedua pulak . Jarum nih la yang akan bersambung dengan beg darah korang tuh . Jarum nih nak kata besar tu agak besar jugak la . Tapi takyah takut , tak ada lah sakit mana bila jarum tu masuk . Sakit nya ibarat macam korang cubit halus dengan kulit paling nipis korang tuh . Macam tu jelah rasanya . Tapi korang akan boleh rasa lah jarum tuh masuk dalam urat korang .
Then korang kena pam darah korang ke dalam beg darah tuh sebab nanti dekat tangan korang nurse akan bagi alat yang akan korang genggam dan pamkan . so beg darah korang akan cepat penuh la . 

Akhir sekali bila dah penuh . Nurse akan buang jarum semua tuh . Tapi korang takleh bangun lagi sebab nanti darah akan mengalir keluar , Percayalah . sebab time aku derma tuh . disebabkan lama menunggu darah tuh kering . aku bangun . tiba² darah mengalir keluar dari urat aku tuh . Nasib nurse tak marah . Hehehe . Lepas je derma tuh macam biasa la . dapat makanan dan minuman . tapi takdalah berat sangat makanannya .

Okaylah. sampai sini sahaja post aku buat kali nih . Mata dah ngantuk , esok ada kelas pukul 8 . Sorry kalau terkasar bahasa . Kadang² ikot pandai je nak guna ganti nama apa . Hehehehe . Selamat Malam <3

Jumaat, 7 Disember 2012

Mina's Giveaway

Seperti yang dijanjikan setiap minggu saya akan berusaha untuk post dalam blog nih . Hehe . Amacam ? Tercapai kan ? AHAH . sengal . Okay . Minggu nih tak sempat nak post panjang² sebab online jarang² la . Takpe . Nanti ada masa lain saya post lagi . Hari nih saya nak post berkenaan satu Mina's Giveaway .

http://azminanordin.blogspot.com/2012/11/minas-giveaway.html#comment-form