Followers

Ahad, 16 September 2012

Sad story :(

  hmmm . hari ni nak citer sal ape ea ? okay la . da dapat ape yang nak diceritakan . huhu . Biar takde orang nak bace un tapi takpelah nak kongsi je kalau ade yang bace . Tersebutlah kisah seorang lelaki nih . Dia telah jatuh hati pada seorang perempuan . Tapi dia tak tahu macam mane nak luahkan perasaan dia kat orang tu dan dalam mase yang same dia taknak nanti itu mengejutkan perempuan tuh . Jadi lelaki nih pening memikirkan macam mane carenye .

  Mereka dah berkawan dengan perempuan nih agak lame . Semakin hari semakin sayang lelaki ni kat perempuan tanpa di sedari perempuan tu . Lelaki ni pernah berkata kepada perempuan tuh yang dia akan memberitahu satu perkara pada suatu mase nanti . Tapi siapa yang tahu bila mase nye akan tiba . Pernah juga lelaki ni mengatakan sesuatu tetapi nasib baik perempuan tu tak mengerti ape yang dimaksudkannye . Lelaki walaupun kelihatan macho tetapi kalau di hadapan perempuan yang disayangi belum tentu dia dapat meluahkan ape yang berada dalam isi hatinya .

  Perempuan tu belajar di tempat yang berbeza dengan lelaki itu . Hanya SMS dan Suara je yang menjadi  perhubung antara dua insan tu . Pernah juga lelaki tu menanam hasrat untuk pergi berjumpa dengan perempuan tersebut tetapi ape kan daya masa tidak mengizinkan . Tetapi , lelaki itu sentiasa berdoa kepada ALLAH agar dipertemukan dengan perempuan tersebut dalam masa yang same mengharapkan si Dia adalah jodoh terbaik . Andai itu bukan jodoh terbaek buatnye . Jadilah dia insan yang sentiasa mengingati ALLAH agar dia dapat ketemui jodoh yang terbaek buatnye . Lelaki itu sentiasa memikirkan perasaan perempuan tu kepada dia . Andai dia bertepuk sebelah tangan adakah dia harus melupakan perempuan tu ? dan mencari perempuan lain yang dia yakin dia tak akan bertepuk sebelah tangan ? semua jawapan tu belum ditemui nye lagi . 

   Tetapi dia yakin yang perempuan tu juga mempunyai perasaan yang same terhadap nye . Nak kate lelaki tu ahli nujum bukanlah jugak . Tetapi sense yang dikurniakan ALLAH mampu merasai sesuatu . Nak cakap sixth sense la nih . Bukanlah , kalau dah masing-masing sentiasa menggembirakan satu sama lain mestilah ada tanda perasaan sayang kan . tapi tu andaian sahaja . Semua tu terletak di kuasa ALLAH S.W.T . Kite tak boleh melawan kuasanye .

Lalu lelaki ini menulis sepucuk surat untuk perempuan tu andai suatu hari nanti dia tak dapat melafazkan perasaan hatinye kepada si Dia . Andai malaikat maut datang menjemputnye terlebih dahulu . Kerana sesungguhnye sesuatu yang hidup tu akan merasai mati . Setiap kali terdengar ayat tuh , berdebar lelaki tu seakan-akan ajal nye sudah dekat . Sebelum matanye tertutup sebelum jasadnye terbujur kaku sebelum roh terpisah dari jasad , biarlah dia mengetahui isi hati lelaki tu andai tidak sempat di ucapkan melalui perkataan . biarlah perkataan menjadi penyampai nye . 
bersambung ...... nantikan sambungan nye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan