Followers

Ahad, 23 September 2012

Sad Story :( PART AKHIR


ehem2 . hari ni cuace agak mendung . So , nak sambung lah cerita yang post sebelum nih . sambil2 tu dengar lagu lah . okay . kat mane cerite tuh ea ? oh . lupa . ajal ea .. okay ..

 Setelah dua tahun lelaki itu memendam perasaan dekat perempuan tu , akhirnye lelaki itu bertekad untuk meluahkan perasaannye kat perempuan tuh . Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan perempuan tu di sebuah tempat di ibu kota . Perempuan itu bersetuju dengan syarat tempat itu tak sunyi dan mempunyai orang lalu lalang . Lelaki itu bersetuju sahaje dengan syarat perempuan tu asalkan dia dapat luahkan perasaannye yang terbuku selama dua tahun tu . 2 tahun tu amat perit bagi seorang lelaki memendam isi hati . Sebenarnye dalam hati lelaki itu serba salah adakah patut dia meluahkan perasaannye terhadap perempuan tu ? perasaannye bagaikan berbelah bagi . Padahal dia telah mengaturkan sebuah pertemuan dengan perempuan tu . Tetapi dia bimbangkan adakah Allah membenarkan dia bertemu dengan hatinye di sane ? Persoalan tu bakal terjawab .

 Akhirnye hari yang ditunggu tibe , perempuan tu menunggu nye di tempat yang telah dijanjikan . Dengan penuh kegembiraan perempuan tu menuggu tetapi tidak kelihatan . Apabila mesej dihantar dan ditelefonnya . Mahukan panggilan , mesej pun tidak dibalas , Perempuan pun pulang membawa hati yang hampa sedangkan dia mengharapkan lelaki itu tiba untuk mengucapkan sesuatu yang diharapkan selama dua tahun tetapi apakan daya lelaki itu tidak muncul di depan.

  Selama seminggu melayani perasaan hampa , termenung di jendela , menatap bintang yang sentiasa menemani pada malam hari . Akhirnye , dia telah menerima sepucuk surat daripada lelaki tersebut . Dalam hatinye ketika itu hanya Allah sahaje yang tahu selama seminggu dia tidak dihubungi oleh lelaki itu . Lalu dibukanye surat itu perlahan-lahan  dan membaca nye ..

                                                 Assalamualaikum awak ,

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf di atas perlakuan saya tempoh hari yang tidak muncul pada hari yang dijanjikan . Bukan salah sesiapa tetapi hati saya mengatakan ini bukan masa yang sesuai untuk kita bertemu . Mungkin suatu hari nanti kita mungkin bertemu di syurga . Sebenarnya untuk pengetahuan awak , selama dua tahun saya kenal awak . Awaklah inspirasi saya dalam saya mengejar cita-cita saya . Awak banyak memberikan semangat ketika saya jatuh ,  awak membakar semangat saya ketika saya hilang hala tuju , awak penyeri hidup saya andai saya berada dalam kesedihan , awak pengubat hati saya ketika saya sakit . Tapi awak tak boleh   menolak ajal yang datang . Janganlah awak salahkan Allah yang telah menentukan ajal yang datang mengambil nyawa saya . Tetapi bersabarlah dengan apa yang ditakdirkan . Sesungguhnya yang hidup itu pasti mati . Cuma masa dan tempat yang tidak diketahui oleh kita . Awak , seandainya awak membaca surat ini . Janganlah bersedih kerana Allah bersama dengan orang-orang yang sabar . Sebenarnya selama kita kenal saya telah didapati menghidap penyakit kanser  setahun yang lalu. Tetapi saya sembunyikan penyakit itu dari pengetahuan awak , Jika saya bagitahu awak . mesti awak akan tinggalkan saya an ? Selama saya menunggu hari kematian saya . Selain daripada mengharapkan Ilahi , awaklah tempat saya mengubat penyakit saya nih . Sebab tu kadang-kadang saya dalam keadaan sedih , sebenarnya saya memikirkan apa yang awak mengharapkan daripada saya selama saya kenal awak . Ada juga saya bergegas dan meletakkan telefon bukan kerana saya ada kerja atau apa pun . Sebenarnya saya dalam kesakitan dan terpaksa menipu awak kerana andai awak tahu mesti awak sedih an ? daripada awak sedih , biarlah saya memendam kesakitan saya ni . Awak nak tahu tak sesuatu ? saya sebenarnya dah lama nak bagitahu kat awak yang saya suka awak . Tapi saya malu sebab saya takut saya bertepuk sebelah tangan . Selama saya kenal awak , awak jelah perempuan yang saya kenal dan betul-2 baik dengan saya . Tapi apakan daya jodoh dan ajal di tangan Tuhan . Sebernanya ketika hari saya ingin berjumpa dengan awak tuh saya ingin meluahkan perasaan saya kat awak , tapi apakan daya penyakit saya datang tiba-tiba menyerang . Awak nak tahu tak kenapa saya tak balas mesej dan panggilan awak saya biarkan ? Saya sebenarnya berada di rumah kerana pada ketika itu saya dah berada dalam keadaan kritikal dan sedang menghitung hari je . Lalu saya memutuskan untuk menulis surat ini andai saya pergi dulu . Awak , sedekahkanlah al-Fatihah untuk saya dan saya harap awak carilah lelaki yang lebih baik daripada saya kerana saya tahu ramai lagi lelaki yang lebih baik daripada saya yang sedang menantikan awak . Lapkanlah air mata awak tuh , saya tahu awak sedang bersedih . Tapi jika awak bersedih saya pasti lagi sedih andai saya masih hidup . Teruskan lah cerita awak . Kejarlah cita-cita awak tuh . Akhir sekali saya ingin meminta maaf sekali lagi kerana terpaksa menulis surat untuk awak . Walaupun berat untuk saya tulis . Tapi   apa kan daya ini je yang mampu saya berikan buat kali terakhir untuk awak . Sambutlah salam cintaku kepadaMu SAYANG .


                                                      Yang Benar, 
                                                      Cintamu ..

selesai membaca surat itu , perempuan itu tak dapat menahan perasaan dan menitik air mata di atas surat tersebut . Dalam hatinya dia sudah tidak ada ape-ape lagi . Tetapi teringatkan apa yang ditulis oleh lelaki tersebut . Dia mesti meneruskan hidupnye walaupun lelaki yang telah menjage hatinye sepanjang dia mengenali lelaki tersebut . Biarpun lelaki tu jauh dari matanye tetapi kepada lelaki tu juga dimeluahkan perasaan . Andai dia tahu dari awal yang lelaki itu menghidap penyakit pasti dia akan terus berjumpa dengan lelaki itu . Dalam hati perempuan itu '' hanya awak seorang sahaja yang bertakhta dalam hati saya , dan tak ade orang lain yang akan bertakhta di hati saya . Andai ade yang berjaye mengetuk pintu hati saya , biarlah dia seperti awak yang pandai menjage hati saya . Saya doakan awak aman dan tenteram di sane '' dilipat surat tu kembali dan dalam sampul surat tu ada sebatang pen yang terukir nama perempuan tu . Lalu disimpan surat tu ke dalam beg dompet nye dan dibacanye setiap hari . Pen tu digunakannye untuk menulis diarinye , jika habis dakwatnye pasti dia akan membelinye dengan segara . Selesai solat dia akan mendoakan  keampunan untuk lelaki tu . Macamtulah sayang dan cintanye perempuan tu terhadap lelaki tersebut walaupun lelaki tu telah pulang ke rahmatullah . The End ~ p/s : tiada kena mengena yang hidup dan yang mati :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan